• PENGENALAN



    1.                  PENGENALAN

    1.1   Apa itu Mediasi?
    Mediasi adalah satu proses penyelesaian masalah atau konflik yang melibatkan lebih daripada satu Pihak dengan pertolongan dan bimbingan pihak ketiga. Pihak ketiga ini dipanggil pengantara atau mediator sementara Pihak pertama dan kedua dipanggil Pihak-Pihak. Oleh itu, secara amnya, Mediasi bolehlah ditakrifkan sebagai satu proses pengantaraan di mana satu pertikaian di antara dua orang diselesaikan dengan bantuan seorang Mediator.

    1.2  Apa itu Mediator Komuniti (MK)?
                                    i.            Mediasi komuniti adalah satu proses penyelesaian masalah atau konflik yang timbul antara Pihak-Pihak dalam satu komuniti dengan pertolongan pihak ketiga yang dilantik oleh komuniti tersebut. Pihak ketiga ini dipanggil pengantara atau mediator komuniti.

                                  ii.            Kaedah Mediasi sebenarnya telah wujud semenjak zaman dahulu semasa kaedah timbang tara digunakan khususnya pada era 50-an. Oleh itu, kaedah Mediasi sebenarnya berakar umbi daripada sistem timbang tara. Mediasi merupakan satu proses penyelesaian yang kini digunapakai dalam pelbagai pertikaian yang berlaku. Proses ini merupakan satu kaedah yang lebih mudah dan menjimatkan kos berbanding proses litigasi yang mengambil masa yang lama dan kos yang sangat tinggi. Dewasa kini, kaedah Mediasi merupakan antara alternatif kepada proses Litigasi di Mahkamah dan telah berkembang secara pesat di seluruh pelusuk dunia. Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya (PMKP) adalah hasil daripada perkembangan ini.

                                iii.            PMKP adalah suatu perkhidmatan Mediasi Komuniti yang merupakan satu projek rintis hasil kerjasama antara Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), MEDIASI LESTARI Universiti Kebangsaan Malaysia (MEDIASI LESTARI UKM), Kumpulan Pakar Industri Mediasi dan dan Perbadanan Putrajaya.

                                 iv.            Perkhidmatan Mediasi yang ditawarkan oleh PMKP adalah satu model pengantaraan yang berdasarkan kepada Akta Pengantaraan 2012 (Akta 749) / Mediation Act 2012 (Act 749), Akta Rukun Tetangga 2012 (Akta 751) / Rukun Tetangga Act 2012 (Act 751) dan undang-undang lain yang berkaitan. Mediator merupakan pihak yang berkecuali yang memudahkan dan membantu Pihak-Pihak dalam pertikaian untuk mencapai penyelesaian. Seorang Mediator Komuniti tidak akan membuat keputusan bagi Pihak-Pihak sebaliknya memudahcara dan membantu mereka untuk membuat keputusan.
  • 0 comments:

    Post a Comment

    Penjelasan Lanjut?

    Hantarkan pertanyaan / permasalahan anda memalui pautan yang disediakan atau anda boleh hadir ke pusat kami di alamat :

    Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya,
    Jalan P9c, Presint 9,
    62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
    Malaysia

    ALAMAT

    Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya,
    Jalan P9c, Presint 9,
    62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
    Malaysia

    EMAIL

    pmkputrajaya9@gmail.com
    naaishah@gmail.com

    TELEFON

    +603-8883 7000
    +601-9771-3027