MISI DAN
OBJEKTIF MEDIASI KOMUNITI
3.1 Misi
Mediasi Komuniti
Misi PMKP ialah
untuk menggalakkan Mediasi sebagai satu cara penyelesaian pertikaian alternatif
dengan mudah, murah, cepat dan penuh kerahsiaan.
3.2 Objektif
Mediasi Komuniti
i.
Memelihara keharmonian
komuniti melalui Mediasi.
ii.
Menggalakkan
penggunaan khidmat Mediasi bagi membantu menyelesaikan pertikaian antara
Pihak-Pihak.
iii.
Menjadikan khidmat
Mediasi sebagai pilihan utama dalam menyelesaikan masalah dalam kalangan
komuniti.
2.
PERKHIDMATAN
2.1 Fokus
Pekhidmatan
PMKP memberi
fokus perkhidmatannya berdasarkan kepada Akta Pengantaraan 2012 (Akta 749) dan
Akta Rukun Tetangga 2012 (Akta 751) yang
merangkumi beberapa skop bidang penyelesaian pertikaian fokus kepada Mediasi
khusus untuk isu-isu komuniti yang berkaitan dengan:
(a)
Kejiranan
(b)
Kekeluargaan termasuk perkahwinan,
perceraian, nafkah, hak penjagaan anak dan harta sepencarian
(c)
Harta Pusaka
(d)
Alam Sekitar
(e)
Kepenggunaan
(f)
Kesihatan – Kecuaian Perubatan
(g)
Kontrak
(h)
Harta Intelek
(i)
Pembinaan dan Kejuruteraan
2.2 Jenis-jenis
Perkhidmatan
PMKP
menawarkan pelbagai perkhidmatan yang komprehensif termasuk:
(a)
Perkhidmatan Profesional Mediasi oleh
Mediator Komuniti terlatih yang telah diiktiraf dan dilantik sebagai Ahli Panel
Mediator PMKP
(b)
Perkhidmatan kepakaran dalam pengurusan
dan pentadbiran Pusat Mediasi Komuniti
(c)
Perkhidmatan latihan kemahiran Mediator
Komuniti
0 comments:
Post a Comment