• Proses Mediasi

    Proses Mediasi


    1.       Proses Mediasi melibatkan langkah-langkah seperti berikut:

    (a)    Proses Pra-Mediasi
    ·      Pihak-Pihak menandatangani Perjanjian Persetujuan Bermediasi

    (b)   Permulaan
    ·         Pengenalan kepada Mediasi

    (c)    Pernyataan Pembukaan
    ·         Peraturan asas perlu ditetapkan oleh Mediator Komuniti bagi setiap sesi
    ·         Mediator Komuniti diberikan kenyataan ringkas fakta kes

    (d)   Perbincangan Bersama Pertama
    ·         Pihak-Pihak dikehendaki menyatakan kes masing-masing di hadapan satu sama lain

    (e)    Kaukus
    ·         Kaukus adalah satu pilihan dan biasanya dijalankan untuk membolehkan Pihak-Pihak melepaskan emosi dan bercakap dengan lebih terbuka dan bebas
    ·         Kaukus membolehkan Mediator Komuniti melihat dan memahami isu secara mendalam yang membolehkan beliau mengenalpasti kepentingan dan keperluan Pihak-Pihak
    ·         Kaukus juga akan memudahkan Mediator Komuniti menjana pilihan-pilihan untuk membantu Pihak-Pihak dengan lebih efektif untuk mencapai penyelesaian

    (f)    Perbincangan Bersama Kedua
    ·         Pihak-Pihak berbincang dengan Mediator Komuniti untuk mencapai penyelesaian dengan lebih fokus berdasarkan kepada pilihan-pilihan yang dijana semasa kaukus   

    (g)   Perjanjian Penyelesaian
    ·      Mediator Komuniti akan menyediakan Perjanjian Penyelesaian seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua Pihak
    ·      Pihak-Pihak menandatangani perjanjian penyelesaian yang disaksikan oleh Mediator Komuniti

    (h)   Tiada Penyelesaian
    ·      Pihak-Pihak bebas untuk mengambil tindakan alternatif yang lain seperti Mahkamah, sekiranya Mediasi gagal untuk menyelesaikan pertikaian

    2.       Seorang Mediator Komuniti adalah tertakluk kepada Kod Etika Mediator Komuniti PMKP manakala Pihak-Pihak lain adalah terikat dengan Perjanjian Bermediasi yang telah persetujui.


    3.       Mediator Komuniti dan semua Pihak adalah tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Mediasi PMKP.
  • 0 comments:

    Post a Comment

    Penjelasan Lanjut?

    Hantarkan pertanyaan / permasalahan anda memalui pautan yang disediakan atau anda boleh hadir ke pusat kami di alamat :

    Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya,
    Jalan P9c, Presint 9,
    62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
    Malaysia

    ALAMAT

    Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya,
    Jalan P9c, Presint 9,
    62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
    Malaysia

    EMAIL

    pmkputrajaya9@gmail.com
    naaishah@gmail.com

    TELEFON

    +603-8883 7000
    +601-9771-3027